Tuesday, June 14, 2011

bisik hati seorang pencinta..

pernah dulu hidup dia ceria dgn tawa..
pernah dulu hatinya berbunga cinta..
pernah dulu jiwanya mengintai bahagia..

namun hamba perlu akur perintah Tuhannya..
langit tak selalunya cerah bertemankan sang suria..
adakalanya ia berubah mengikut fitrah..
begitu juga dgn hidup kita dan juga hidupnya..

dipandang ia keluar jendela memikirkan ujian yg diterimanya..
ujian yg melenyapkan tawa,cinta dan bahagianya..
awan kelabu seolah-olah menyelubungi jiwanya..
hampa dan kesal dengan ujian yg diberikan padanya..
ditanya kenapa dia yg diberikan ujian segetir itu..
kenapa bukan org lain..kenapa dia..kenapa?!

ternyata dia lupa akan sesuatu..
ketika diberi nikmat dia lupa utk mengucapkan syukur kepada Tuhannya..
ketika dia senang dia lupa bahawa semua nikmat itu bukan miliknya selamanya..
ketika dia hidup dia lupa bahawa hidup itu sementara..perlu dihargai sebaiknya..
ketika dia diuji dia lupa untuk bersabar..
dia lupa semua itu..
dia lupa bahawa dia ialah hamba..hamba kepada Tuhannya..
kun fayakun itulah hakikatnya..

air mata membasahi pipinya..
mengalir ia ibarat tiada daya..
dia kini pasrah dgn segalanya..
sungguh tarbiyah itu menyedarkannya..

kini,dia yakin utk melangkah..
yakin bahawa inilah yg terbaik utknya..
bukan cinta manusia yg menjadi impiannya..
baginya,Allah adalah segala-galanya..
biar dengan hayat yg sebentar cuma ini dia masih dapat menagih kasih sayangNya..
menagih kasih drpd Dia yg menyintainya sejak dulu lagi..
menagih kasih drpd Dia yg sentiasa ada dekat dengannya..
sungguh kini dia sangat cinta akan Tuhannya..
sungguh dia sangat rindu akan Tuhannya..

doanya ialah...

dia ingin semua org rasa apa yg dia rasa..rasa penyesalan terhadap dosa-dosa..
dia ingin semua org tahu akan adanya cinta teragung..cinta yg membawa ke syurga..
dia ingin semua org kenal Pencipta mereka..yg mengenali luar dan dalam mereka..
dia ingin semua itu..moga ada ruang sebelum terlambat..
pohon dikabulkan oleh Tuhannya..

kalian..kini dia telah menemui Tuhannya dgn senyumannya yg paling manis..
manis kerana dia telah bertemu dgn cintanya..
dia telah meninggalkan kita dengan impiannya yg suci..
harapannya moga kita hidup dengan gembira..
gembira dgn cintaNya..


p/s : sekali kita diuji,senyumlah tanda itu kasih sayang Dia pada kita..sungguh tidak akan diuji hambaNya jikalau kita tidak mampu..itu janjiNya..tunaikanlah pula janji kita padaNya,,yg pernah kita ikrarkan dulu..utk menjadi khalifah dan beribadah kepadanya..
pengakhiran yg baik itu husnul khatimah,.moga kita tergolong insyaAllah..amin..=')

No comments:

Post a Comment