Tuesday, February 22, 2011

.kepadaMu ku memohon.

assalamualaikum wrt..

berhabuk sudah blog ni,,payah sungguh nak istiqamah dlm blogging ni..tp aku percaya ni semua sbb diri sndiri yg mmg liat..

alhamdulillah,,sem 1 2nd year sudah pn berakhir..kini sem 2 dah menerjah..waa,,ayat..^^
semoga dipermudahkan Allah..berharap dgn sngt..amin..

winter break ku dihabiskan di malaysia..tarbiyah yg Allah bg sebelum ,semasa dan selepas winter break mmg mmbuat aku terkesan dgn cinta dan kasih syg Allah pd aku..ya,aku dan semestinya pd kamu juga..cuma nmpk atau x je..terlalu bnyk yg nak diceritakan sebenarnya..perjalanan yg tertempa bukan semudah ABC..bnyk ujian yg dtg..tp,,slow2 rasenye..
mungkin akan diceritakan kemudian..insyaAllah..=)

sebenarnya nak share doa yg termatla indah,,lebih2 lg buat diri ini yg sebetulnya masih x selayaknya utk bergelar seorg daie..masih dalam proses menghapuskan segala bentuk kejahilan yg masih bersawang dlm diri..insyaAllah..moga diberi keizinan olehNya..sama2lah kita berdoa agar diri kita menjadi yg terbaik di sisiNya..terbaik bukan bererti kita sehebat baginda Rasul,,segagah Salahuddin,,seperkasa al-Fatih..cukup sekadar Allah redha dgn segala yg kita lakukan di dunia yg fana ni..biiznillah..

doa ni dipetik dr buku MENCARI REDHA-MU karya Ustaz Noor Hisham Ismail diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn.Bhd..mohon share ye doanya..sama2 kita hayati setiap baris doa ini ok..klu hafal pun bagus jugak..=)

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

Ya Allah YaTuhanku,
Aku berlindung kepadaMu dr segala keburukan perbuatanku
aku akui segala nikmatMu kepadaku dan ku akui pula segala dosaku maka ampunilah kerana tidak ada yg mengampuni dosa selainMu
Semoga Engkau limpahkan selawat dan salam kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad S.A.W dan semoga Kau limpahkan pula keselamatan bg keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sembuhkanlah segala penyakit dalam tubuh badanku
pendengaran serta penglihatanku
sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran serta fitnah seksa kubur.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berlindung denganMu drpd ilmu yg tidak diamalkan
aku berlindung denganMu drpd ilmu utk kemegahan dan kesombongan semata2..
ku pohon padaMu agar dijauhkan dr sifat2 tercela itu
aku berlindung denganMu usah sampai ilmuku sendiri melaknatku semula kerana bermegah2 dan tidak diamalkan.
jadikanlah aku bertambah2 ilmu dan semakin bertambah2 amalanku kepadaMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diriku dan org lain
boleh menyuluh hati org lain
seterusnya jadikanlah ilmuku ini sentiasa memberi manfaat dan syafaat
Usah pula kehidupan org lain terang bersuluh tp kehidupanku sendiri yg gelap gelita
terangilah hidupku Ya Allah
usah sampai usahaku menyeru org lain ke arah kebenaran berhasil tetapi diriku sendiri yg kelemasan.

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku berlindung dgnMu drpd ilmu utk mujahadah
serta membantuku utk beribadat dan bertaqwa
sesungguhnya aku memohon pilihan yg tepat kepadaMu dgn ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (utk mengatasi persoalanku) dgn keMahakuasaanMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bhw persoalan ini berbahaya bagiku
dalam agamaku,

kehidupanku dan akibatnya terhadapku
maka jauhkanlah persoalan tersebut daripadaku
takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun aku berada
kemudian berilah keredhaanMu kepadaku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Curahkanlah kesabaran atasku dan teguhkanlah pendirian daku.
serta tolonglah daku terhadap golongan yg memerangi agamaMu.
sebagaimana Kau telah memberi penghalang antaraku dan hatiku
maka berilah penghalang antaraku daripada godaan dan hasutan syaitan yg direjam serta konco-konconya.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku mohonkan padaMu jiwa yg tenang lg tenteram yg percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas segala keputusanMu serta berasa cukup puas dengan segala nikmat pemberianMu
usahlah Kau palingkan hatiku setelah Kau tunjuki dan berilah rahmatMu kerana Kau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kukuhkanlah imanku dr kemungkinan terpesong dan berilah aku petunjuk dr segala kemungkinan jalan yg sesat
jadikanlah sebaik2 umurku pada penghujungnya dan sebaik2 amalku adalah pada penghujung akhirnya dan sebaik2nya hariku adalah pada saat aku menemuiMu..

Amin ya Rabbal Alamin...