Monday, December 26, 2011

'fwench' till Jannah..=)

Alhamdulillah3x..
Syukur alhamdulillah sbb diberi kemudahan oleh Allah SWT sepanjang proses rewiring bilik Nur Kasih..seperti yg dijangkakan bilik mmg teruk dengan habuk segala bagai..xpe.itu lumrah je..mmg dh agak..


So,sepanjang Nur Kasih x available ni bermula lah kisah kami menumpang di bilik kawan2 kami..hehe..ayat x blh skema lg an..sorry mmg cm ni..hmm..farah di bilik 9-14 and sy dan ika di bilik 15-03..


Alhamdulillah kitorg selesa+terharu sngt..korang mmg terbaik..<3
InsyaAllah ade ibrah di sebalik apa yg berlaku..pernah hati ni merungut xnak ade rewiring ni sbb mcm menyusahkan semua tp alhamdulillah mcm2 perkara yg kitorg dpt belajar..benarlah firman Allah :



 "..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 2 :216




Officially dah duduk kat bilik kami ni..actually dah lebih seminggu dah floor 13th dah bukak tp baru clean everything weekend lepas sbb kekangan masa..seriously bz amat..T.T..alhamdulillah,,pape pun syukur bilik dah available utk digunakan for DnT..o yeahhh!!baguslah, lampu dah terang,plug pun dah banyak..xde alasan sparkling2,fire2 ke pasni insyaAllah..mendoakan yg terbaik..


Untuk Chanad & Fahna :


Jazakillah korang..seriously korang mmg osem..x terbalas rasanya segala apa yg korang buat..hanya Allah shj yg mampu balas semua jasa baik korang..lps ni nak menyemak bilik korang lagi la..nak jemaah sesame, curhat2,nak pillow talk same2..semua2 la..waaaa..korang pun mai la dtg bilik kitorg eh..serious sedih time turun tangga td..=')


insyaAllah..syg korang semua..fillah..=')

Monday, November 14, 2011

doa itu indah

salam wrt..

bismillah.

sambil2 membaca nota surgery untuk colloq ( test ) esok..terdetik hati nak berkongsi sesuatu..
berkaitan dengan doa..doa itu senjata kita sebagai seorang muslim..kuatnya ia bergantung pada sejauh mana keikhlasan hati seseorg itu..pernahkah doa kita x dimakbulkan Allah? jangan pernah kita menyalahkan Allah kalau doa kita tidak dimakbulkan..mungkin bukan sekarang masa yg sesuai..Refleks hati and diri kita..mungkin kita sendiri belum bersedia dan mungkin ada salah silap kita di mana2..tidak mungkin doa seorang hambaNya yg beriman , tulus dan ikhlas tidak diterima olehNya..keep on praying..insyaAllah, Allah Maha Penyayang kepada semua hambaNya..

Pernah naqibah sy bercerita tentang doa..lebih kurang cm ni la..doa itu ibarat lagu..bayangkan kalau orang nyanyi x sedap..mesti kita suruh org tu stop nyanyi kan? Tapi bayangkan lagu yg dinyanyikan tu sedap sangat..alahai,,syahdunya nyanyian dia ni..kita keep on nak dengar terus-terusan nyanyian dia tu kan? mcm tu jugakla dalam kita berdoa..kita sebagai penyanyi nya..Allah yg mendengar dan memerhati..sentiasa istiqamah dan iltizam..teruskan berdoa, mungkin doa kita terlalu syahdu dan menyentuh sehingga Dia mahu mendengar lagi dan lagi segala rintihan hati kita tu..dan apabila dimakbulkan nanti akan membuatkan kita tidak henti2 tersenyum..sabar kalau masih belum diperkenankan doanya..mahu juga diingatkan bahawa doa itu bukan cara terakhir yg kita perlu lakukan apabila melakukan sesuatu perkara..tetapi doa merupakan antara perkara terawal sekali yg mesti kita lakukan..sentiasa berdoa ketika susah dan senang..semoga baik2 sahaja semuanya..insyaAllah..wallahualam bissawab..^^


 "Dan hanya kpd Allah lah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang2 yg beriman."-surah al-maidah : 23


tazkirah..=)

p/s : syafakallah/syafakillah buat antum semua yg diuji kesihatannya..bersabarlah,sungguh Allah menyayangimu..=)


Thursday, November 3, 2011

membeli syurga dengan sisa-sisa

Assalamualaikum wrt..

Bismillahirrahmanirrahim..=)

Setelah sekian lama x update blog, akhirnya sy jumpa masa yg sesuai untuk menulis..actually banyak sngt benda nak share..tp disebabkan esok cuti umum so cuti lama sikit insyaAllah..esok ialah Unity Day of Russia Federation..kalau x, drpd malam jumaat sampai ke ahad mesti dah sibuk dgn aktiviti lain..mmg x sempat nak duduk lama2 update blog..alhamdulillah, aktiviti2 yg sy join pun bukan aktiviti yg lagha tp melibatkan dakwah dan tarbiyyah diri dan adik2 di sini..belum dgn study yg makin lama makin susah..pathophysiology,pathology anatomy..dua subjek ni buat hidup sy tak menentu..bukan nak ckp pharmacology,surgery,internal disease (ID), hygiene dan russian language x susah..oh,tidak..susah jugak..tp 2 subjek teratas tu cikgu2nye sngt2la dedikasi dan strict..very particular about  almost everything..before kelas mmg kena study betul2 apa yg akan di ajar..make sure notes dah ade depan mata,klu blh dah digest tinggal nak keluarkan je time cikgu tanya (especially time pathophysiology)..bukan time tu nak mencari2 tentang apa yg akan belajar mase hari tersebut..kalau tak mmg masak la dlm kelas nnt..sbb setiap kali kelas wajib ade control (kuiz)..pernah sy rasa penat sngt dgn semua ni..tp lama2 sy berjaya pujuk diri yg semua ni ada hikmahnya yg tersendiri..inilah medic..inilah jalan yg aku pilih..insyaAllah,Allah ade plan yg tersendiri kenapa kami dpt cikgu2 yg penyayang..actually bagus tau dpt cikgu2 yg tegas ni..buat kita lebih bersedia menghadapi kesusahan masa jd doktor nnt..ingat senang ke ros nak jd doktor?Allah tak akan jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..insyaAllah..berbekalkan dengan keyakinan itu sy terus melangkah dan akan terus bertahan..mohon doanya semoga urusan kami di sini berjalan lancar..=)


yet, so true..


Firman Allah : 


"Allah tidak memberi kesusahan seseorg hamba melainkan apa yg terdaya olehnya."-al baqarah : 286


bersangka baiklah pada Allah..bismillah, jalan aje..o yeahhh..^^


ok,sy nak share something..hari tu mase tgh duk ber'fb'..sy ternampak status junior sy..statusnya begini"kita memang membeli syurga dgn sisa-sisa"..kata2 yg di quote oleh naqibahnya..tersentap sy dgn kata2 akak usrahnya tu..faham x apa yg dimaksudkan dgn ayat2 di atas..?


Let me explain..(kalau tak faham jugak sorry,..im not good in explaining things..but let me try ok..^^)


Let say,kalau kita solat..agak2 dalam time interval yg mana satu kita akan solat..?di awal waktu,pertengahan or di akhir waktu..ke tak solat langsung?hmmm...


kalau nak keluar duit utk derma,infak or tolong kawan yg xde duit ade tak rase mcm payah yg teramat payah..tipu la klu x pernah, secubit pun mesti ade kan..klu nak derma pun bila ade duit lebih skit baru ingat  nak derma..kalau tak mmg harapanla nak sedekah tu..sy pun ade rasa mcm tu kadang2..=.='


Pernah tak kita rasa malasnya nak pergi usrah+program2 tarbiyyah seantero moscow @ dunia ni,,"aku nak study lg, nak sambung tido,nak skype,ym dgn family lg,nak masak lagi..bla..bla..bla..tau tak masa aku bukannya bnyk pon..penat tau x..aishhh..malas la..ade mase nnt aku pegila..kata, dalam Islam xde paksaan.."


Pernah tak kita rase susah nak bace al-quran..jgn ckp bace la, pandang Quran pun jarang..pernah x jadi mcm ni..?klu teringat pun time2 dah nak tido..baru terbit rase insaf jap..bace la sebaris dua,at least kan..dah kira banyak la tu bace..berpuluh2 huruf dah di bace..ye dop??


Bukan niat sy nak judge dr mana2 sudut..tp inilah yg sy katakan kita membeli syurga dengan sisa-sisa..


Ingatlah wahai diri, syurga itu dianugerahkan kepada mereka yg benar2 layak sahaja..syurga yg menjadi idaman seluruh umat manusia tidak kira agama apa pun..syurga yg menjadi ganjaran bg mereka yg melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, dan ikhlas..even Rasulullah SAW beribadah dengan penuh tawaduk dan x henti2 walaupun telah dijanjikan syurga..itu sbg tanda bahawa Baginda mensyukuri segala nikmatnya..kita ni yg belum tentu pengakhirannya..masih dibuai dgn mimpi,angan2 kosong,dunia materi yg tiada penghujung..astaghfirullah..T.T 



Gambaran syurga dipetik dlm Surah Ar-Rahman :ayat 48-78..=)

"(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.


Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Kedua-duanya menghijau subur tanamannya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."


tidak perlu rasanya lagi sy menceritakan akan keindahan syurga Allah, cukup dengan firmanNya yg sudah termaktub dalam mukjizat yg paling agung ni..tinggal nak baca dan amalkan shj..masyaAllah..layak ke kita untuk ke syurgaNya..bila melihat diri ini yg masih berada dalam khilaf..aduhai..


Naqibah sy pernah bgtau yg syurga hanya layak diduduki oleh org biasa yg luar biasa..luar biasa dr segi apa? tentulah dr segi ibadahnya,ruhinya,peribadinya..sy selalu down bila memikirkan mampu ke tak..mampu ke tidak itu urusan Allah..yg paling penting,niat kita..usaha kita..kita inginkan syurga bukan? namun janganlah dipadukan semua ibadah hanya utk memperoleh syurga shj..lakukan ibadah hanya utk mendapatkan keredhaan Ilahi...niat kena betul..lillahita'ala..lakukan perkara yg baik bukan kerana inginkan 'hadiah' namun lakukannya kerana inginkan redha drpdNya..insyaAllah dua2 kita dapat..=)

tabiat membeli syurga dengan sisa2 itu perlulah dikikis dengan segera..


kalau selama ni kita solat di akhir waktu, lepas ni kita try solat di awal waktu..insyaAllah lebih barakah..jangan tak solat langsung..solat ialah ibadah pertama yg dihitung Allah ketika Hari Perhitungan nnt..~~


 Sabda Nabi SAW :

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu"
( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih



kalau selama ini kita sedekah+infak bila time kita ade duit lebih shj, lepas ni pandai2la budget..sikit pun xpe..janji time jumpe org yg memerlukan kita hulur la apa yg mampu..it's better than nothing..insyaAllah..pelaburan yg dibuat ni akan menghasilkan keuntungan yg berlipat kali ganda..


“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. (Al-Baqarah : 261 )


kalau selama ni liat nak pergi usrah or aktiviti2 yg mendatangkan kebaikan..apa kata buang sikap tu jauh2..astaghfirullah bnyk kali klu rase malas tu dtg..bukan setakat jasmani kita yg memerlukan makanan, rohani kita juga perlukan makanannya..=)


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." 


im okay with usrah..are you?




kalau selama ni kita malas nak baca Quran, lepas ni kita bina kekuatan dan iltizam utk baca quran dengan sungguh2..kalau selama ni satu hari baca satu baris,lepas ni tambah2 kan la..insyaAllah ni jela antara saham yg kita ade untuk dibawa sampai ke akhirat kelak..


Daripada Ibnu Umar r.a berkata , sabda Rasulullah SAW, " Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, " bagaimana menghapuskan karat tersebut?"Jawab Nabi SAW, banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.


Ya Allah, Tuhanku,
Dengan kasihMu aku hidup,
Dengan cintaMu aku melangkah,
Ampuni aku jika aku masih tidak meletakkan ikhlas untukMu.,
Maafkan aku Ya Rabb kalau aku masih berkira-kira untukMu.,
Tuntun aku Ya Allah, sungguh aku lemah tak berdaya..
Redhai segala amalku,hidupku..
Sungguh diri ini masih kotor utk berada dalam syurgaMu..
Sungguh diri ini masih jijik utk merasai nikmatMu di sana nanti..
Permudahkanlah semuanya Ya Rabb..amin..



peringatan buat diriku yg selalu lupa..im not a perfect solehah woman..im trying to be a better person..insyaAllah..kalau ada salah silap sy,sila tegur..sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik..=)





insya Allah umat Islam seantero dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Ahad ni bersamaan 10 Zulhijjah..tidak ketinggalan juga buat kami di sini (moscow)..insyaAllah akan ada iftar jama'ie 9 Zulhijjah + takbir raya..bagi lokaliti M2 , bilik sy a.k.a Nur Kasih akan dijadikan tempat utk acara tersebut..semoga ramai yg dtg untuk mengimarahkan semangat hari raya aidil adha nnt...rabbi yassir wala tu'assir ya kareem..


..full stop..







































Tuesday, July 12, 2011

sirih pulang ke gagang..


salam wrt..=)

alhamdulillah..kini ku berada di baiti jannati ku..<3
syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang utk ku bertemu dgn keluarga yg sngt aku sygi..

so,perjalanan yg memakan masa lebih kurang 14 jam aku,ika n farah..sngt memenatkan n memeningkan kepala..huhu..kali ni kitorg naik Qatar Airlines..transit sejam kat Doha..mmg rase cepat je sampai sbb bnyk masa dihabiskan dgn tido sbb sngt pening kepala sampai makan pun x lalu..ampun Ya Allah kerana bazirkan rezeki yg Kau berikan tp hambaMu ni mmg x larat nak makan makanan tu semua..tp papepun mutabaah amal still maintain..alhamdulillah..~~

Dalam penerbangan pulang ke Malaysia,tiba2 hati ni jadi sayu..oleh kerana seat aku kat tepi tingkap so aku boleh tgk luar..masyaAllah,cantik amat pemandangan kat luar..masa tu time nak masuk maghrib rasenye..tersedu2 Allah je tau ape yg aku rasa..Ya Allah mesti Kau lg cantik kan..alhamdulillah Ya Allah utk semua ni..=')

power puff girls nak balik kampung~~

Sampai di KLIA,aku dijemput oleh kak JR seperti yg dijanjikan..kak JR ialah senior ku di samura..perkenalan yg sekadar cuma menjadi persahabatan yg kekal smp ke saat ini,insyaAllah..kak JR spm 1999..dah keje dah pn..=)
ok,,x mau citer bnyk2 pasal kak JR..bahaya..hehe..tp kak JR mmg baik la..boleh sharing2 masalah n bnyk jugak cerita2 n nasihat2 yg dia bg..al-maklumlah,kakak kandung xde,menumpang kasih pada dia la ni..ecehh..^^

Kami berbual2 jap kat balai ketibaan tu,sbb nak tunggu seorang lg anak samura pulang dr moscow jugak..ahmad syahir abu sahmah..KP ku masa kat samura dulu..kak JR nak jumpa dua2 sekali sbb takdir Allah kitorg balik sekali tp lain flight je..dia naik Emirates Airlines..kitorg jd rapat dgn kak JR selepas program aspirasi samura 2010..time tunggu tu,,kak JR bgtau yg birthday dia sabtu lepas aka 9 july..rahsia punye rahsia akhirnya terbongkar jugak..n straight away dia bg aku kek from Secret Recipe..wah,,sweet gitu..=)

Tunggu punye tunggu,hah,keluar pun syahir..alhamdulillah..abes jugak la citer sal program inspirasi samura ritu time tunggu syahir keluar..huhu..syahir kenalkan parents dia ngn kitorg (aku,ika n kak JR)..then,belanje kitorg lunch..rase bersalah jugak..tp rezeki Allah nak bg siapa kita nak tolak kan..aku dgn xde selera makan la jugak..pening atas flight td x hilang lg..so aku pilih tuk makan something yg masam..hoho..bukan jeruk mangga k ape..haha..makan nasi putih + tomyam daging+jus mangga..hmm..feels better after lunch,alhamdulillah..maybe sbb makan dah proper..
time makan tu,borak2 kejap..dalam 30 minit cmtu..then,syahir n his parents dah nak kena gerak..aku pun dah nak kena ready tuk check in flight balik ke kuantan..MAS Airlines..


with kak JR

our meal..^^

mine..^^

we..bergambar sebelum berpisah..




then,snap a few pictures n kitorg pun separate..masa kat tempat check in luggage aku terlebih berat..haha,,padanla kan,,cristal stuff yg berkilo2 aku angkut drpd moscow utk mak ni pun dah makan berapa kilo..haha..aku actually dah ready dgn segala kemungkinan..plan aku utk mintak tlg kak JR simpankan barang aku sikit..tp belom sempat pape,pak cik tu dah bg offer baik punya..nak tau ape offernya?

1)ticket pukul 10.10 malam
2)business class
3)duit compensate RM100
4)luggage aku x kena charge

aku terima offer tu sbb aku bukan rushing2 pn..but still have to seek permission from my parents la..my father said ok,and settle everything..so,,there's a lot of ample time for me n kak JR..ok la sbb belum puas lg jumpe dia..
lepas hantar ika masuk balai pelepasan domestik ke kelantan..aku n kak JR cari2 tempat duduk berbual..kak JR bgtau satu tempat namanya Anjung Tinjau..kat area klia lg la..aku x tau pun ade tempat tu..kat sini korang boleh tgk view lapangan kapal terbang tu..lawa la..x reti nak citer..korang pg sendiri la..ade tempat duduk,tenang n sesuai utk berbual..so,,kitorg borak2 pasal samura n pasal life masing2..terbaikla..sharing2 dgn org yg bnyk pengalaman ni..best2..alhamdulillah..=)

view from Anjung Tinjau..


Then,tibalah saat berpisah ngn akak..boarding time utk ke kuantan..semoga dpt jumpa akak lg in da future..insyaAllah..mase dlm flight tu ok la..sekejap je,dalam 40 minit dah sampai di Lapangan Kapal Terbang Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan..keluar je,,perasaan gembira nak jumpa family..diorg semua dah sedia tunggu nak sambut kepulangan anak/kakak sulung dalam keluarga..huhu..alhamdulillah...^^

p/s : sanah helwah to my beloved sis Juliana Razid..i hope that u've already read my 'love letter'..eventhough hadiah yg sy bg lebih kurang yg syahir bg,,tp sy ikhlas kak..hehe..hope u like it..ukhuwah fillah abadan abada..bi iznillah..amin..=)

Friday, July 8, 2011

moscow-malaysia

salam wrt..

lusa insyaAllah akan pulang ke Malaysia utk summer holiday..balik a little bit late from other frens atas sebab2 tertentu..moga Allah redha insyaAllah..

so,rasa berdebar2 ada jugak even bulan 1 aritu dah balik..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami semuanya..sungguh apa yg kami lakukan ini lillahita'ala..

hari ni befday ayah jugak..semoga ayah happy sentiasa n always be my Daddy Cool..^^
diana syg ayah fillah n doakan Allah pelihara ayah di dunia n di akhirat..thanx for everything..heart u ayah..=)

ok,nak share ayat ni..sngt suka ayatul husna ni..suka semua tp yg ni ada manfaatnya yg tersendiri..biiznillah..=)

korang semua boleh baca blog kwn sy ni..dalam ni dia ada mentioned pasal kebaikan ayat seribu dinar ni..harap sama2 ambil manfaat..harapnya,ayat seribu dinar ini diamalkan bukan hanya kerana utk mendapat manfaatnya bulat2 tp utk mendapat keredhaan Ilahi..insyaAllah,itu lebih baik..=)

sila buka link ni..=)


Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

-surah at-talaq :2-3



p/s : doakan keselamatan sy dan kawan2 yg akan pulang ke malaysia nnt..rindu sungguh rasanya nak tgk wajah2 mereka yg tersayang..insyaAllah..

Tuesday, June 28, 2011

cikgu noraini panot di moscow


salam wrt..=)

entry kali ni khas utk cikgu noraini panot..
siapa dia cikgu ni?
huhu..beliau ialah cikgu m/p sejarah di samura+menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum..tp sekarang beliau sudah berpindah ke SMK Parit Bunga..dekat je dengan samura..jiran samura..cikgu x pernah pun ajar sy di samura..mungkin ade sbg cikgu ganti tatkala cikgu sejarah sy xde..huhu..wallahualam,dah x ingat..
mase kat samura beliau rapat dgn student2..cuma sy ni je yg x berapa nak rapat dgn beliau..al-maklumla..pemalu orgnye..cehhh..=p

ok,nak dijadikan cerita,satu hari tu sahabat samura sy iaitu syahir ade bgtau yg cikgu nak dtg moscow sbb anaknya nak grad..anak beliau belajar di nizhny..so nak jln2 around moscow before pergi nizhny..
excited amat time dgr berita tu..cikgu nak dtg sini tu..mmg sngt2 dialu2kan..rindu pun ye jgk..so,dekat sebulan lebih juga kami merancang apa yg perlu dibuat utk bawak cikgu jln2 nnt..mcm2 tempat yg kami bincangkan..sesuai k x?ok k x?jauh k x?

alhamdulillah,,akhirnya hari yg kami tunggu2 telah pun tiba..24 jun lepas cikgu dan rombongan selamat sampai di moscow..dalam plan kitorg akan bawak cikgu pegi makan malam..but then,kitorg tu bertukar jd sorang..sbb nye sy x available malam tu nak teman..no one can accompany me to have dinner with them..bahaya tu malam2 keluar sorang2..plus,malam tu ade plan nak celebrate befday ika..

ok,esoknye on 25th june kitorg decide nak jumpe cikgu kat Metro Okhodni Riad..takdir Allah pagi tu hujan..x la lebat mane tp still hujan..renyai2 jela..but then,Allah berhentikan hujan tu..alhamdulillah cuaca lepas tu sngt mendamaikan kami yg nak keluar berjalan2 ni..
korang tau x metro tu ape..?metro ni train bawah tanah..mostly org kat moscow akan guna metro utk ke mana2 sbb sangat pantas n efisien..sekejap je tunggu dah sampai..sangat meyenangkan pergerakan kami di sini..alhamdulillah..


tempat pertama yg kitorg tuju ialah Tsaritsino Park (metro green line)..kat sini ade istana diraja zaman dulu2..tp xtaula siapa raja dan kaum kerabatnya..hihi..tempat ni mmg cantik sngt..terasa mcm dalam citer fairytale pun ade..serius..and sy rase mcm puteri raja pun ade..berangan sekali sekala x salah kan kawan2..=P
semua ni effect tgk citer barbie masa kecik2 dulu..=.='
kat situ kitorg amek gambar ramai2 ngn cikgu..cikgu kate jeleskan diorg yg ex-samurian..huhu..layankan~~
around 1 1/2 hour jugakla kat situ..x ingat tochna..sorry..











bergambar di Park Tsaritsino..




around 12 kitorg sampai destinasi ke2,iaitu Masjid Tetriakovskaya (kitorg naik metro green line 'Novokuznetskaya',lg dekat drpd line orange)kat sana kitorg makan dulu kat kedai halal sebelum solat sbb dah lapar..makan utk hidup!hehe..alhamdulillah semua dah kenyang..=)


suasana dalam kedai makan

terbaik r cikgu..makan guna tngn..

yulia (mashed potato+meat)

plof a.k.a nasi beriyani rusia..^^

gambar masjid Tetriakovskaya (gambar masjid yg proper xde,so i have to share this pic.masa ni ziarah masjid dgn sisters)

dah abes makan baru ingat nak snap..sorry..



lepas solat kitorg ke destinasi ke3 iaitu Okhodni Riad (metro red line)..tempat ni center of Moscow la..semua yg dtg ke Moscow or Russia mmg x lengkap klu x pegi sini..kat sini ade banyak bangunan yg bersejarah mase zaman pemerintahan Lenin dulu..yg Stalin sy x sure la..korang boleh google search utk info lebih lanjut..huhu..jalan2 dgn cikgu satu kenangan paling indah sepanjang sy belajar kat sini..kat area ni ade bngunan Cathedral of Saint Basil,Red Square,Gum Shopping Complex (the most expensive shopping mall..@.@)


russians' souvenirs..matrioshka

red square..

cathedral of saint basil


cikgu suradi,cikgu noraini,dr.farah nadia

cikgu dah belajar satu teknik baru..tahniah cikgu~~

sweet couple~~

bergambar dpn Cathedral of Saint Basil@lolipop..hehe

my companion



ok,dalam kol 4 kitorg gerak ke destinasi ke4 iaitu Arbatskaya (metro dark blue) atau name senangnya Arbat..kat sini lebih kurang mcm Petaling Street kat Malaysia nun..cuma di'eropah'kan..wah,bahasa..sorry DBP..sementara rombongan shopping kat arbat,sy,ika,syahir n raimi pegi beli tiket naik cruise kat Vorobiovi Gori (metro red line)..n alhamdulillah dpt harga 300rb (harga student) utk semua org (28 org) eventhough yg pergi beli tiket hanya kami berempat..hehe,,lepas beli tiket,rehat jap kat park tu n gerak balik semula ke arbat..nak ambik diorg semula kat arbat..sampai kat arbat tu sy ngn ika pegi mencari2 souvenir jugak..tp xde yg berkenan..last2 Chocobon jugak yg kitorg beli..haha..kitorg gather balik depan Hard Rock Cafe n teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya..destinasi yg terakhir kami semua ialah ke park Vorobiovi Gori (metro red line).

ok,dah pukul 6.20 ptg kitorg gerak ke park Vorobiovi Gori utk naik cruise..kali ni nak rehatkan minda n juga kaki kami yg seakan2 nak tercabut dek terlalu bnyk berjalan..rasanya,hari ini dalam sejarah naik metro paling banyak dalam sehari..xpela,its the journey that count!
so,dalam cruise tu borak2 ngn cikgu n tgk2 view2 yg menarik along the river..

"ye cikgu..!"

khusyuknya mereka..dgr cikgu berceloteh..

Gorkiy Park

samurians we r here~~


The Cathedral of Christ the Savior



Peter The Great Monument

one of the seven sisters!

ex samurians..cikgu n student..


bergambar sebelum balik.total 28 org..=)





p/s : kenang2an cikgu noraini di moscow..alhamdulillah,all credits to Allah..we did it kak farah,syahir n raimi..!!jzkk ye..ika pun jzkk jugak,sbb sudi temankan satu hari tu..insyaAllah akan diingati sampai bila2..

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat”. 62 : 10

Sunday, June 26, 2011

end of 2nd year..alhamdulillah


salam wrt..=)

alhamdulillah2..23 jun 2011 hari tu aku dah berjaya sit exam final utk 2nd year..paper microbiology..syukur pada Allah dipermudahkan segala-galanya..risau jugak xdpt buat exam dgn baik sbb subject ni cam tough jugak..tp berbekalkan semangat x cepat mengalah aku berjaya jugak..alhamdulillah diberi kekuatan melalui kawan aku ika..ramai budak2 dalam kelas aku dapat aftomat (automatic mark) so yg exam dalam kelas berapa kerat je..yg perempuan juz aku n ika..xpela,tiada rezeki kami agaknya..mungkin rezeki kami di tempat lain..only He knows..
jzkk ika for helping me to go thru this final test..u're awesome..^^

malam tu plak sambut befday kak nat..befday kak nat 24 jun..tahun dirahsiakan..haha..hmm,,kak shazz buat carrot cake n aishah buat nasi dagang..alhamdulillah..semuanya sedap2 belaka..juz kak nat dah tau semuanya..dah x surprise..kak nat tertengok our plan kat fb kak shazz sbb mase tu kak nat nak guna laptop kak shazz..xpela,,kita hanya merancang,Allah yg menentukan segala2-galanya..gambar befday kak nat xde,,sbb lupe bwk kamera..huhu..

bz sungguh aku ni..malam 24 jun plak sambut befday ika..befday dia belum lg,,tp disebabkan befday die time bulan 8 ,so mase tu cuti..jd kitorg plan nak sambut sekarang..plan menjadi la..die x sangka langsung..besela kan mane nak tau org nak buat super advance birthday prank pada die..haha..so kitorg pun wat makan2 sikit...disebabkan ika suke ikan bakar..so we simply choose it as a main course..huhu..ade ikan bakar+special sauce made by blanche n farah..i juz bakar ikan guna oven je.ayam masak minangkabau made by awi,daging masak black pepper by azri n choc cake by aziz..mmg terbaik la makan2 kali ni..makanan semua sedap2..a little bit spicy tp layankan jela..skrg aku dah x boleh makan pedas sngt..pelik2..dulu klu x pedas mmg x sah klu makan..habislah,,dah la satu family kat msia tu makan pedas..mcm mne ni..anak org indon x makan pedas..=.='

so,aku xnak tulis panjang2 dah..let's picts story about ika's befday in advance celebration..


cake ni dihias oleh azri..not bad la..


ika terharu..siap nanges2 tu..first time sambut dgn kwn2..


girls 23 B




ika cut the <3..haha,..



ikan bakar special punye..



ayam masak minangkabau..^^




daging masak black pepper..



hadiah from azri..


p/s : sanah helwah to kak nat..may Allah bless u fiddunya wal akhirah..amin..to ika,although ur bithday is not coming yet,,but i'll always pray the best for u..may Allah put our hearts together till Jannah..amin..=)