Monday, November 14, 2011

doa itu indah

salam wrt..

bismillah.

sambil2 membaca nota surgery untuk colloq ( test ) esok..terdetik hati nak berkongsi sesuatu..
berkaitan dengan doa..doa itu senjata kita sebagai seorang muslim..kuatnya ia bergantung pada sejauh mana keikhlasan hati seseorg itu..pernahkah doa kita x dimakbulkan Allah? jangan pernah kita menyalahkan Allah kalau doa kita tidak dimakbulkan..mungkin bukan sekarang masa yg sesuai..Refleks hati and diri kita..mungkin kita sendiri belum bersedia dan mungkin ada salah silap kita di mana2..tidak mungkin doa seorang hambaNya yg beriman , tulus dan ikhlas tidak diterima olehNya..keep on praying..insyaAllah, Allah Maha Penyayang kepada semua hambaNya..

Pernah naqibah sy bercerita tentang doa..lebih kurang cm ni la..doa itu ibarat lagu..bayangkan kalau orang nyanyi x sedap..mesti kita suruh org tu stop nyanyi kan? Tapi bayangkan lagu yg dinyanyikan tu sedap sangat..alahai,,syahdunya nyanyian dia ni..kita keep on nak dengar terus-terusan nyanyian dia tu kan? mcm tu jugakla dalam kita berdoa..kita sebagai penyanyi nya..Allah yg mendengar dan memerhati..sentiasa istiqamah dan iltizam..teruskan berdoa, mungkin doa kita terlalu syahdu dan menyentuh sehingga Dia mahu mendengar lagi dan lagi segala rintihan hati kita tu..dan apabila dimakbulkan nanti akan membuatkan kita tidak henti2 tersenyum..sabar kalau masih belum diperkenankan doanya..mahu juga diingatkan bahawa doa itu bukan cara terakhir yg kita perlu lakukan apabila melakukan sesuatu perkara..tetapi doa merupakan antara perkara terawal sekali yg mesti kita lakukan..sentiasa berdoa ketika susah dan senang..semoga baik2 sahaja semuanya..insyaAllah..wallahualam bissawab..^^


 "Dan hanya kpd Allah lah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang2 yg beriman."-surah al-maidah : 23


tazkirah..=)

p/s : syafakallah/syafakillah buat antum semua yg diuji kesihatannya..bersabarlah,sungguh Allah menyayangimu..=)


Thursday, November 3, 2011

membeli syurga dengan sisa-sisa

Assalamualaikum wrt..

Bismillahirrahmanirrahim..=)

Setelah sekian lama x update blog, akhirnya sy jumpa masa yg sesuai untuk menulis..actually banyak sngt benda nak share..tp disebabkan esok cuti umum so cuti lama sikit insyaAllah..esok ialah Unity Day of Russia Federation..kalau x, drpd malam jumaat sampai ke ahad mesti dah sibuk dgn aktiviti lain..mmg x sempat nak duduk lama2 update blog..alhamdulillah, aktiviti2 yg sy join pun bukan aktiviti yg lagha tp melibatkan dakwah dan tarbiyyah diri dan adik2 di sini..belum dgn study yg makin lama makin susah..pathophysiology,pathology anatomy..dua subjek ni buat hidup sy tak menentu..bukan nak ckp pharmacology,surgery,internal disease (ID), hygiene dan russian language x susah..oh,tidak..susah jugak..tp 2 subjek teratas tu cikgu2nye sngt2la dedikasi dan strict..very particular about  almost everything..before kelas mmg kena study betul2 apa yg akan di ajar..make sure notes dah ade depan mata,klu blh dah digest tinggal nak keluarkan je time cikgu tanya (especially time pathophysiology)..bukan time tu nak mencari2 tentang apa yg akan belajar mase hari tersebut..kalau tak mmg masak la dlm kelas nnt..sbb setiap kali kelas wajib ade control (kuiz)..pernah sy rasa penat sngt dgn semua ni..tp lama2 sy berjaya pujuk diri yg semua ni ada hikmahnya yg tersendiri..inilah medic..inilah jalan yg aku pilih..insyaAllah,Allah ade plan yg tersendiri kenapa kami dpt cikgu2 yg penyayang..actually bagus tau dpt cikgu2 yg tegas ni..buat kita lebih bersedia menghadapi kesusahan masa jd doktor nnt..ingat senang ke ros nak jd doktor?Allah tak akan jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..insyaAllah..berbekalkan dengan keyakinan itu sy terus melangkah dan akan terus bertahan..mohon doanya semoga urusan kami di sini berjalan lancar..=)


yet, so true..


Firman Allah : 


"Allah tidak memberi kesusahan seseorg hamba melainkan apa yg terdaya olehnya."-al baqarah : 286


bersangka baiklah pada Allah..bismillah, jalan aje..o yeahhh..^^


ok,sy nak share something..hari tu mase tgh duk ber'fb'..sy ternampak status junior sy..statusnya begini"kita memang membeli syurga dgn sisa-sisa"..kata2 yg di quote oleh naqibahnya..tersentap sy dgn kata2 akak usrahnya tu..faham x apa yg dimaksudkan dgn ayat2 di atas..?


Let me explain..(kalau tak faham jugak sorry,..im not good in explaining things..but let me try ok..^^)


Let say,kalau kita solat..agak2 dalam time interval yg mana satu kita akan solat..?di awal waktu,pertengahan or di akhir waktu..ke tak solat langsung?hmmm...


kalau nak keluar duit utk derma,infak or tolong kawan yg xde duit ade tak rase mcm payah yg teramat payah..tipu la klu x pernah, secubit pun mesti ade kan..klu nak derma pun bila ade duit lebih skit baru ingat  nak derma..kalau tak mmg harapanla nak sedekah tu..sy pun ade rasa mcm tu kadang2..=.='


Pernah tak kita rasa malasnya nak pergi usrah+program2 tarbiyyah seantero moscow @ dunia ni,,"aku nak study lg, nak sambung tido,nak skype,ym dgn family lg,nak masak lagi..bla..bla..bla..tau tak masa aku bukannya bnyk pon..penat tau x..aishhh..malas la..ade mase nnt aku pegila..kata, dalam Islam xde paksaan.."


Pernah tak kita rase susah nak bace al-quran..jgn ckp bace la, pandang Quran pun jarang..pernah x jadi mcm ni..?klu teringat pun time2 dah nak tido..baru terbit rase insaf jap..bace la sebaris dua,at least kan..dah kira banyak la tu bace..berpuluh2 huruf dah di bace..ye dop??


Bukan niat sy nak judge dr mana2 sudut..tp inilah yg sy katakan kita membeli syurga dengan sisa-sisa..


Ingatlah wahai diri, syurga itu dianugerahkan kepada mereka yg benar2 layak sahaja..syurga yg menjadi idaman seluruh umat manusia tidak kira agama apa pun..syurga yg menjadi ganjaran bg mereka yg melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, dan ikhlas..even Rasulullah SAW beribadah dengan penuh tawaduk dan x henti2 walaupun telah dijanjikan syurga..itu sbg tanda bahawa Baginda mensyukuri segala nikmatnya..kita ni yg belum tentu pengakhirannya..masih dibuai dgn mimpi,angan2 kosong,dunia materi yg tiada penghujung..astaghfirullah..T.T 



Gambaran syurga dipetik dlm Surah Ar-Rahman :ayat 48-78..=)

"(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.


Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Kedua-duanya menghijau subur tanamannya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."


tidak perlu rasanya lagi sy menceritakan akan keindahan syurga Allah, cukup dengan firmanNya yg sudah termaktub dalam mukjizat yg paling agung ni..tinggal nak baca dan amalkan shj..masyaAllah..layak ke kita untuk ke syurgaNya..bila melihat diri ini yg masih berada dalam khilaf..aduhai..


Naqibah sy pernah bgtau yg syurga hanya layak diduduki oleh org biasa yg luar biasa..luar biasa dr segi apa? tentulah dr segi ibadahnya,ruhinya,peribadinya..sy selalu down bila memikirkan mampu ke tak..mampu ke tidak itu urusan Allah..yg paling penting,niat kita..usaha kita..kita inginkan syurga bukan? namun janganlah dipadukan semua ibadah hanya utk memperoleh syurga shj..lakukan ibadah hanya utk mendapatkan keredhaan Ilahi...niat kena betul..lillahita'ala..lakukan perkara yg baik bukan kerana inginkan 'hadiah' namun lakukannya kerana inginkan redha drpdNya..insyaAllah dua2 kita dapat..=)

tabiat membeli syurga dengan sisa2 itu perlulah dikikis dengan segera..


kalau selama ni kita solat di akhir waktu, lepas ni kita try solat di awal waktu..insyaAllah lebih barakah..jangan tak solat langsung..solat ialah ibadah pertama yg dihitung Allah ketika Hari Perhitungan nnt..~~


 Sabda Nabi SAW :

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu"
( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih



kalau selama ini kita sedekah+infak bila time kita ade duit lebih shj, lepas ni pandai2la budget..sikit pun xpe..janji time jumpe org yg memerlukan kita hulur la apa yg mampu..it's better than nothing..insyaAllah..pelaburan yg dibuat ni akan menghasilkan keuntungan yg berlipat kali ganda..


“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. (Al-Baqarah : 261 )


kalau selama ni liat nak pergi usrah or aktiviti2 yg mendatangkan kebaikan..apa kata buang sikap tu jauh2..astaghfirullah bnyk kali klu rase malas tu dtg..bukan setakat jasmani kita yg memerlukan makanan, rohani kita juga perlukan makanannya..=)


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." 


im okay with usrah..are you?




kalau selama ni kita malas nak baca Quran, lepas ni kita bina kekuatan dan iltizam utk baca quran dengan sungguh2..kalau selama ni satu hari baca satu baris,lepas ni tambah2 kan la..insyaAllah ni jela antara saham yg kita ade untuk dibawa sampai ke akhirat kelak..


Daripada Ibnu Umar r.a berkata , sabda Rasulullah SAW, " Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, " bagaimana menghapuskan karat tersebut?"Jawab Nabi SAW, banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.


Ya Allah, Tuhanku,
Dengan kasihMu aku hidup,
Dengan cintaMu aku melangkah,
Ampuni aku jika aku masih tidak meletakkan ikhlas untukMu.,
Maafkan aku Ya Rabb kalau aku masih berkira-kira untukMu.,
Tuntun aku Ya Allah, sungguh aku lemah tak berdaya..
Redhai segala amalku,hidupku..
Sungguh diri ini masih kotor utk berada dalam syurgaMu..
Sungguh diri ini masih jijik utk merasai nikmatMu di sana nanti..
Permudahkanlah semuanya Ya Rabb..amin..



peringatan buat diriku yg selalu lupa..im not a perfect solehah woman..im trying to be a better person..insyaAllah..kalau ada salah silap sy,sila tegur..sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik..=)





insya Allah umat Islam seantero dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Ahad ni bersamaan 10 Zulhijjah..tidak ketinggalan juga buat kami di sini (moscow)..insyaAllah akan ada iftar jama'ie 9 Zulhijjah + takbir raya..bagi lokaliti M2 , bilik sy a.k.a Nur Kasih akan dijadikan tempat utk acara tersebut..semoga ramai yg dtg untuk mengimarahkan semangat hari raya aidil adha nnt...rabbi yassir wala tu'assir ya kareem..


..full stop..