Monday, November 12, 2012

heart to heart :)

Salam wrt :)

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan utk hidup..

Lately, banyak sangat berfikir..berfikir dan terus berfikir..kadang2 bukan x bagus berfikir ni, bagus sebenarnya..but, when it becomes overload , later on it will make you feel so stressful!

Jadinya, banyakkan istighfar wahai diri, jangan stress, insyaAllah Allah ada utk tolong! Husnu-dzon ya mbak!^^

baru shj habis baca kiriman emel seorang senior..seorang yg aku anggap sbg seorang kakak yg multi tasking, yg bakal aku ziarahi tak lama lg..semoga dipermudahkan urusan kami dunia akhirat..amin.

ahad lepas, selesai sudah satu program AZAM Russia di embassy malaysia di moscow..alhamdulillah, pengisian yg mantap drpd muwajih yg mantap jugak alhamdulillah..program yg diadakan khas buat pelajar muslim tahun pertama, namun selayaknya utk semua lapisan year jugak..ilmu Allah ni klu kita limitkan had penerimaan nye, x ke mana pun sudahnya..even dah 4th year x salah pun nak join sekali :)

lebih yakin selepas ni tentang hukum khuf, solat jamak&qasar, makanan,arah kiblat n macam2 lg.. :)

tahun ni, Bicara Bumi Cinta ada sedikit kelainan, ade satu slot khas, iaitu slot "Aduh, jiwa kacau.!"
Slot yg menarik jugak bagi sy, dan semestinya rakan2 yg lain..dikupas dengan eloknya tentang sifat cool-nya lelaki tu dan sifat cute-nya perempuan itu.., ikhtilat sebenar lelaki dan perempuan, hubungan yg halal, indahnya cinta Rasulullah dan Aishah. hmmm , sweetnya.. :)

teringat, ade ketika tu, muwajih tanya audience, ape kriteria yg awk nak utk bakal org rumah awk nnt?
haha, tergelak, rata-ratanya, semua nak yg pandai masak..insyaAllah, semoga dapat yg lebih daripada tu ,amin :)

alhamdulillah, sy masih dalam pemeliharaan Allah, jauh daripada hubungan cinta x kesampaian..sy serahkan semuanya pada Allah, pernah tersungkur dahulu namun itulah yg mematangkan diri dan meyakinkan bahawa Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya, insyaAllah :)

He create us, He's the only one who knows the bad and the good for us.. Let Allah do His work and we as a servant, put our best effort to be the best 'abid for Him.

Yup, i know, it's hard to resist when love comes and embrace your soul..i admit , it's hard..
But, be strong dear as time will come perfectly, exactly, when you are totally ready for it! Have faith, and stay smile ^___^

kalau mahu yg terbaik, kita dulu kena jadi yang terbaik  :)
jangan hanya sekadar berdoa, tapi xde perubahan..pointless!

rasa poyo ke berbicara tentang ni?geli-geleman menguasai diri? nope for me, in fact, it's a part of our life..kena banyak ilmu pasal semua benda, bukan bila dah nak mendirikan baitul muslim baru nak start fikir everything..even ayah Imam Hassan al-Banna pun dah ready berpuluh2 tahun sebelum pakcik IHAB dilahirkan..same goes to mak kepada Sultan Muhammad Al-Fateh..setiap hari dibawa kandungannya melihat kota Constantinopel dengan harapan anak yg dikandungnya itulah yg bakal membebaskan kota tersebut, dan akhirnya, anak dalam kandungan itulah yg menakluk semula kota tersebut! ohoii! penting x penting la kan sedia awal2 ni.:)


p/s : sy juga ada kisah sy sendiri, may Allah ease everything..amin :)







Tuesday, November 6, 2012

khas untuk akhawat fillah :)

salam wrt :)

alhamdulillah tsumma alhamdulillah !

nak share bait2 cinta dengan para akhawat fillah (ni semua gara2 river flows in you,kiss the rain, may be,if i could see you again and etc karya Yiruma..adeh, mmg mencurah2 rasa rindu dan syg pada mereka yg bergelar akhawat.) dah start rindu semua akhawat yg ade..baik pada mereka yg sudah tiada lg dan di malaysia,moscow,nizhny,kursk,volgo,st.petersburg,france,beijing,india,mesir,jordan,czech,poland,korea and ramaaaaaaaaai lagi seluruh dunia..jazakumullahu khairan kathiran buat antunna semua..dulu rasa akhawat ni freak, but semakin kenal, semakin syg la pulak..ohoiii.!
barakallahu fikum! nah, ni puisi x berlagu sy khas utk antunna!
baca dgn penuh syahdu ye *sambil lari2 anak tutup muka..maluuuu*

Bila kau tanya cinta itu apa,
Akan aku halakan jariku pada mereka,
Mereka yg x pernah duka dengan senyuman
Mereka yg x pernah suka pada kesedihan.

Aku memandang mereka,
Ya,mereka..
Sekelompok manusia yg penuh dengan rasa cinta,
Cinta yg didasari dengan cinta Allah sepenuh-penuhnya.

Ya, mereka..
Mereka yg sentiasa tersenyum,
Ada ketika dukaku melanda
Ada ketika aku tiada sesiapa.

Cantiknya mereka kerana kasih sayangnya,
Petahnya mereka kerana fitrahnya,
Manisnya mereka kerana itulah mereka..

Mereka yg sebelum ini asing,
Kini sangat dekat terasa,
Erat dalam rabithahnya,
Kasih dalam dakwahnya,
Tak pernah letih dalam geraknya..

itulah mereka yg penuh dengan rasa cinta.

uhibbukum fillah !

^____^

*layankan saja syair x berlagu sy ni..sy buat suka suki je..habes langgar segala grammar yg ade(eh?)..aseef pak A.Samad Said...peace! assalamualaikum :)

Monday, October 29, 2012

kerana tarbiyah itu mahal harganya :')

salam wrt :)

Lama sudah tak menulis..kali ni betul-betul nak menulis..heee..

sabtu lepas, bersamaan 11 Zulhijjah 1433, Allah telah uji sy dengan sesuatu yg bg anda mungkinlah tidak terlalu berat..tapi bagi sy..sejuta satu makna yg tak ternilai harganya..(ecehhh, bunyi nak gempak je kan ros!)

Masa tgh tunggu bas bersama mutarabbi yg comel2 utk ke usrah di yugo hari tu, sy pun dengan confidentnye bukak casing handset, di mana di situlah tempat sy letak METRO PASS sy.. Alangkah terkejut tahap x ingat, kelibatnya tiada di situ..ke mana kah dia menghilang?

Aduhai, time tu mmg rasa mcm jantung nak tercabut pun ade..ape tak nya, penting kot metro pass tu..ibarat nadi mobiliti kami student moscow kat sini..klu xde metro pass tu, alamatnye kena spent lebih sikit la utk bayar harga tiket setiap kali masuk metro/bus.nak register kad baru bukannya senang..kena isi borang yg strictly x boleh isi salah langsung,kena pegi ambik cop n sign dean(klu dean ade alhamdulillah, klu x kena tunggu lg), pastu kena tunggu another 2-3 weeks for the new card to be ready...masa tu terlupa nak say innalillahi wainna ilaihi raji'un..tp cepat2 tersedar..ok, Allah nak berbicara dgn sy ni..chill ros, chill..sebelum ni pernah hilang sekali dah..baru je sem lepas..so, dah rasa keperitan without my metro pass tu..huuuu.

Then, sy dengan sepantas kilat cari balik kot kot terjatuh along the way nak ke bus stop td..malangnye mmg xde langsung..Ahah, sy rasa mesti kat bilik shbt sy kot, sbb seharian sy kat bilik diorg..lantas, phone digapai dan di telefon mereka yg berkenaan..tapi, malang juga bila "..akak, kitorg dah cari satu bilik..xde jugak..sorry kak.." masa tu sy dah redha je..dah la sy tinggalkan mutarabbi2 comel kat bawah dek kerana nak cari metro pass tu..dengan hati yg penuh pasrah, ditinggalkan sebentar niat utk mencari metro pass tu..bergerak bersama ke arah Yugo Zapadnaya utk berusrah di apartment salah seorang mutarabbi sy..

Dengan hati yg payah sy lupakan sebentar perihal kad tu, sy cuba fokus pada wajah2 mereka yg mendambakan sesuatu pada hari itu..sy gagahkan jugak utk teruskan usrah pada hari itu.. sy serahkan semua padaNya, mengharapkan ada hikmah di sebalik ape yg berlaku..alhamdulillah, usrah berjalan lancar dan sy sangat happy sbb Allah permudahkan semua urusan kami ketika itu..dapat mkn cheese cake sedap lg..^^

Pulang ke hostel dengan hati yang sangat berbunga2..mcm dapat satu energy baru drpd mereka..sy jd x kesah pasal kad yg hilang tu..balik2, sy terus ke bilik sahabat fillah sy..saja je x nak balik bilik..then, kami pun solat jemaah maghrib..dalam doa, sy titipkan :


" Allah, sungguh aku redha dengan apa yg berlaku, aku faham apa yg mahu Kau sampaikan padaku..Kau mahu aku terus ingat padaMu,.mesti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..namun Ya Allah, jika Kau benarkan, tolong kembalikan semula ia padaku..permudahkanlah urusan dunia akhirat ku..amin."
Masa tu, dah ready dah utk isnin ni amek borang baru dan mula balik rutin turun naik dekanat n metro station..lepas solat, terus kemas2 barang nak naik atas (bilik sy, Nur Kasih)..tup2, dengan satu alihan pandangan, mata sy terus tertumpu pada kelibat metro pass dalam paper bag..then, dgn tahap curiousity yg tinggi, sy pun ambik dan dengan perasaan yg Allah je tahu, dan terkeluarlah "...alhamdulillah,ni kad sy :').."

Saya dengan happy terus peluk sahabat sy, semua happy dengan apa yg berlaku..dengan senyuman sampai ke telinga digenggam kad tu erat-erat sampai balik ke bilik..

Tarbiyah Allah, Allah Maha Kuasa..kun fayakun..Allah hilangkan sekejap nikmat yg Dia beri untuk lihat bagaimana kita berhadapan dengan ujian yg kita dapat..mungkinlah kita akan merungut atas apa yg berlaku, atau terima ia sebagai satu tarbiyah yg sangat mahal drpd Allah..Allah mahu berbicara dengan hambaNya..Dia mahu kita pandang Dia, merintih dan merayu..hanya pada Dia..

Hargai setiap apa yg berlaku pada kita, sebab bertitik mula dari situ la kita dewasa dan matang dalam jalan kehidupan..hidup tak akan selamanya senang kawan2,.mungkin ujian kali ini tidaklah terlalu besar lg, namun, itu la yg akan menjadi asas kepada sesuatu yg lebih besar lg insyaAllah..

Allah yg beri ujian, kepada Allah jualah kita minta kekuatan utk menghadapi ujian tu..semoga terus tsabat insyaAllah..jzkk :)


i love You, not only because of You are my Creator,
but it is because You are so loveable to be love!

" Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yg diusahakan dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (Mereka berdoa) :"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami , janganlah Engkau bebankan kepada  kami bebanan yg berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 yg sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami apa yg tidak sanggup kami menaggungnnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir." 2:286

p/s : i love YOU


Monday, September 10, 2012

Welcome to 4th year!

Assalamualaikum wrt :)

Lama sudah tak menulis..terasa nak menulis pula hari ni.. Alhamdulillah, sudah seminggu lebih sy berada di bekas bumi soviet ni ,Russia after 2 bulan bercuti di tanah air tercinta Malaysia.. sekarang di minggu kedua , baru habis cycle Dermatology dan baru start cycle Urology..rabbi yassir wala tuassir ya kareem :)

Summer Break!

2 bulan yg bermakna bagi diri ni sbb banyak sngt spent time dgn kawan2 n family..cuti yg tidak mengecewakan insyaAllah.. Pada awalnya, cuti dihabiskan dgn menghabiskan praktikal kat Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bersama salah seorg usrati sy iaitu Liyana Zulkifli (jzkk yana sbb willing utk stay kat rumah sy)..Alhamdulillah, memilih utk ke dept. A&E , Medical dan Surgical..sempat mencelah sekejap ke bumi SAMURA utk mengubat kerinduan dan berbakti dgn adik2 di sana..sangat seronok bila dapat memberi erti hidup kepada mereka..eventhough sekejap shj ke sana tp itu dah cukup bermakna dan sngt2 bersyukur. :)

Then, 2 minggu diperuntukkan utk aktiviti tarbiyyah pula termasuklah program Russian Student Summer Retreat 2012  (RSSR'12) yg sngt special tempat nya kali ni ( Angulia Beach Resort, Marang Terengganu). First time ,selama dah 3 tahun join RSSR, ni julung2 kalinya buat kat resort..sangat2 osem tempat tu..rasa cm x nak balik pun ada..cantik sngt dan terasa amat dekat dgnNya..pagi2 bangun sahur, solat then the best part ialah time baca al-mathurat dekat tepi pantai dgn akhawat ..fuuuhhh, mengalir air mata x sedar, sbb terasa amat dekat dgn alam, jauh dr kesibukan dunia yg entah ape2..serius mengubat kerinduan..korang pun boleh try, at least once in ur life utk rasa dekat dgn alam..mentadabbur alam gitu! hee.. Banyak lg program lain selain tu, tapi nak citer panjang sngt la pulak.. insyaAllah klu di izin Allah , nak pegi semua RSSR yg ade in the future..klu boleh next time nak bawak satu family ..kalau bolehla..amin :)

After balik drpd pogram, tinggal seminggu lebih je lagi nak raya.. mak dah booked masa sy..it's time for the family..okok..haruslah ikut, syurga sy di bawah tapak kaki beliau..sbb x bersuami lg..ok, jadi bermulalah tugas sy menyiapkan segala jenis kuih raya,kek,cuppies (yg termampu dibuat oleh sy je la..haha..) , teman mak shopping raya segala bagai, sesak jugakla sbb last2 minute baru nak cari kan semua benda..Yang paling seronok time puasa bila adik2 sibuk duk meng-order makanan utk bukak puasa..budak2, biasalah..kebiasaannya, mak akan masak, sy jd co je la..sy x pandai masak mcm mak sy..family sy suka pedas tp sy x tahan pedas..hal ini terjadi selepas sy menjadi room-mate kepada shbt sy yg rata2nya x makan pedas.. hoho..jadinya bahagian sy kena buat ialah pemanis mulut, sbb ni mmg sy suka buat..hee..

Sempat juga utk ke join usrah di kuantan ni , alhamdulillah..dapat berkenalan dgn akhawat hebat2 antaranya Dr. Puteri Melur (Specialist Medical kat Kuantan Specialist Hospital) orangnya tenang, sngt ruhi,mmg bestla..apa la rahsianya dia dapat semudah itu berdakwah dan senang mengeluarkan air mata bila berbicara soal perjuangan dan Rasulullah..aduhai ros, kau mampu x utk punya jiwa yg basah seperti beliau? doakan sy ye kawan2 ..

Bukan itu je, sempat jugak diri ni hadir ke majlis2 walimah kawan2 ..alhamdulillah, ramai yg sudah di'puan'kan ..barakallahulakuma wabaraka wajamaa' bainakuma fi khayr..amin :)

Balik Moscow!

1 September 2012, officially tamat sudah kenikmatan summer break di Malaysia..sy pulang ke moscow dgn harapan semuanya baik2 shj, dan redha atas semua ketentuanNya..i love Him so much, utk semua nikmat yg Dia berikan, x dapat sy gambarkan betapa baiknya Dia, Dia lah Tuhan, Dia lah segala2nya.. =')

Alhamdulillah, selamat mendarat di Domodedovo Airport tepat jam 6.30 pagi waktu tempatan.. eventhough kami kena tipu dengan pak cik mashrut (van sewa) tu dengan bayaran yg ter amat  mahal x masuk akal,tp ada kisah yg buat sy x marah dah pak cik tu lepas tu..kisahnya bila sy tahu 2 org akhawati fillah sy meninggal dunia ketika menaiki mashrut pulang ke Nizhny Novgorod (NiNo) keesokan harinya..

Masa tu, kami tersadai lama sangat menunggu giliran kat office Mos-Lanka (tempat kami semua student Moscow berurusan utk urusan fees, insurance & etc. ) bila dapat tahu yg 2 org shbt sy tu dah pergi buat selama-lamanya..tergamam sekejap bila tahu diorg yg terkorban dalam nahas jalan raya..baru je hari tu jumpe diorg dekat program summer kat Terengganu..Azreen & Hanisah , 2 nama yg sy akan ingat sampai bila2..semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg beriman dan beramal soleh, amin.. al- fatihah.

Bila rewind balik yg diorg meninggal dunia ketika dalam mashrut utk pulang balik ke NiNo, sy yg selamat sampai ke hostel dgn takde cacat cela cuma kes kena tipu tu jela,, tu pun merungut tahap x ingat..astaghfirullah =.='
Tarbiyah Allah itu luas, kita x tahu apa yg akan jadi in the future, jadi kena sentiasa bersyukur dalam setiap gerak langkah kita..xpe, kena tipu tu kira ok la sampai jugak daripada x sampai langsung! astaghfirullah.. serious, tarbiyah Allah kali ni sngt2 membuka mata.. buka mata utk lebih bersyukur  dan berjaga2 tntg hidup ni..bila2 masa je, Allah boleh tarik balik ape yg Dia bagi kita pinjam termasuklah nyawa kita sendiri..kita ni je, x pernah2 nak bersedia..

sedikit berita tentang Kemalangan Pelajar Malaysia di Russia

Allahyarhamah Hanisah, perkenalan sebentar cuma ketika berjaulah di Dacha, Yakhroma..di situ sy mengenal awk yg sngt pendiam orangnya tp ceria di sebalik wajah yg manis tu..Terima kasih awk, utk hadiah yg awk bg masa tukar2 hadiah tu..kata2 Imam Ghazali yg awk selitkan pun akan sentiasa sy ingat,iA..jzkk awk :')


 " Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya."

Allahyarhamah Azreen, sempat bertaaruf masa tgh main2 dgn baby Nu'man..sy dr jauh tgk awk dgn kembar Azwen, tgh makan popiah kecik2 tu..sy pun membuat popiah tu sebagai modal utk berkenalan dgn korang..sy ni sbnrnye pemalu orangnya (ecehh,,) tp serious, mmg susah nak tegur org, tp xtau la kenapa sy semangat sngt nak taaruf dgn korang time tu..awk melayan je sy nak makan popiah awk tu..siap offer sy makan buah mangga kering lg..adehh, kantoi makan banyak..=.=' tapi awk serious x kesah pun..itulah indahnya ukhuwah kan..sanggup berbagi rezeki sesama yg lain..jzkk azreen..

gonna miss both of you :)

Saya doakan antunna berdua ditempatkan di dalam kalangan hamba2Nya yg beriman dan beramal soleh..insyaAllah, semoga akan ada lg pertemuan yg diberkati, amin... sy percaya antunna berada di tempat yg tenang dan aman sekarang..:')

al-fatihah..

ok, itu shj pembuka bicara (huh?) utk permulaan sem kali ni..o yeah, welcome to 4th year dear! all the best, may Allah bless, amin :)





Wednesday, March 28, 2012

sanah helwah :)



Salam wrt..

Bismillahirrahmanirrahim..=)

Kesempatan kali ini ku isi dengan menulis sesuatu yang begitu bermakna bagi diriku dan dirinya..
Alhamdulillah perkenalan sekitar 2003 sehingga sekarang insyaAllah membuahkan sebuah persahabatan hingga ke syurga .. itu harapan ku dan insyaAllah harapan darinya juga..memang itu antara kata-kata yang selalu kami ungkap ketika kami berbual.. ‘sayang awk fillah’

Kami berkawan baik sejak di bangku sekolah , iaitu di SMK Paya Besar, Kuantan..dia budak baru ketika itu..nampak sangat skema,haha..sory wak..tapi awk sangat lembut, sopan santun dan baik hati..perkenalan di kelas 1 Amanah itu masih terpahat hingga kini iA..kami di kelas selalu bekerjasama utk menyiapkan kerja sekolah, focus kami ketika itu hanyalah utk berjaya dalam setiap apa kerja yang cikgu bagi..dia adalah rujukan kedua sy selepas cikgu time nak siapkan kerja sekolah..alhamdulillah kami sangat rapat..=)

Karakter kami sangat berbeza namun itu tak menghalang kami utk bersahabat sbb bagi sy buat apa mencari kesempurnaan bila mana manusia itu sendiri punya banyak kelemahan..keluarga kami pun dah kenal satu sama lain..sy selalu hangout dgn dia klu time weekend kadang2 kat rumah dia n vice versa, n dia pun selalu tumpang rumah sy dulu masa habes kelas sbb nak tunggu ayah dia habes kerja dulu..favourite food time makan kat rumah sy ialah ayam masak pedas mak sy.. dia sangat suka makanan pedas..hehe..we do everything almost together..even klu ranking kat kelas kitorg punya ranking dekat2 je..haha..
Seperti yg sy katakan tadi yang karakter kami sangat berbeza..bagi sy dia sngt soft spoken, manja , famiy person, x suka masak (sorry..=p)..but me, almost vice versa from  her..for our friends, we’re like ‘yin yang’..different but complement each other..so sweet rite..?=p

I love her family..ma, pa, along, kekmi..from the start I know them, they’re so down to earth..sangat caring, and all those ‘baikness ‘ things la..it’s feels that now, I have 2 families in my life!!alhamdulillah..

Masa lepas PMR, alhamdulillah we got opportunities to enter the broad school together..masa tu happy sangat sbb kitorg xkan terpisah lagi.. we entered the SM SAINS MUAR (SAMURA) altogether with one of our friend, Aliff.. nak cerita sikit la time first time nak masuk sekolah baru..kami gerak sekali from Kuantan dan menginap sekejap di rumah mak cik dia kat matriks johor..pagi2 lagi kami dah bertolak utk memulakan kehidupan baru di sana..time registration, we’re asked to get in line..masa tu dah rasa yang kitorg xkan satu dorm , sbb memang mustahil la..sbb dorm bukan satu jer..tapi ada banyak..kami x beratur dalam satu line..kami berpecah..and takdir Allah, ada seorang mak cik ni dengan baik hatinya memotong line sy..xpela kan, nak potong, potongla..then, sy  register macam biasa , settle apa semua..x rasa pape pun kesan daripada mak cik tu potong line..huhu..kami bergerak sekali ke dorm yg telah tercatat kat kad matriks ..masa tu buat tak tau je pasal dorm sbb masa tu hati tengah melankolik sikit sbb dah nak berpisah dgn family..sedih woo nak berjauhan dgn family,bukan senang tapi buat2 cool jela sbb nak kuatkan hati mereka juga..xnak diorg sedih2..masa nak masuk dorm tu rupanya kami menuju ke dorm yg sama..Oh My Allah! We in the same dorm n classroom pun sebelah menyebelah je..masa tu, rasa yg Allah tu sangat sweet sbb x pisahkan kami..baru dapat hikmah atas peristiwa mak cik potong line tu..haha..huhu..so 2 tahun la kami di dorm SARJANA 1 .

Macam-macam kenangan kami di SAMURA..pahit, manis  kami harungi bersama..susah nak cerita mcm mane bermaknanya dia pada sy..she’s my crying shoulder whenever and wherever I need it..

awak, sy rindukan time kita tidur dalam bas sampai terhantuk2 kepala, time awak balik rumah sy masa pulang bermalam dulu, awk melaju je ke depan..siapa yg nak balik rumah siapa?haha..curhat2 yang kita berdua luahkan dulu..makan nasi goreng cendawan yg mak su awk hantar time weekend dulu..bergaduh2 sape yang paling gemuk dulu padahal xde perubahan pun yang berlaku..=.=’..in simple words, I miss everything that we had before ..=')

After SPM, kita dah tentukan hala tuju masing2..awk ke matriks Pahang, dan sy ke MSU, Shah Alam..lepas  tu awk ke IPBA dan sy di sini..it’s hard to live without you by my side. At that time I feel so lonely..i leave my crying shoulder behind..=’(
but, u always remind me of my purpose for being here., u always ask about the condition of my disease..i'm so touched! do pray for me ok..hope everything is fine, biiznillah..

Sy nak minta maaf sangat kalau sy bukanlah kawan yang baik utk awk..sorry sy takde time awk perlukan seorang kawan..tp sy tau Allah will grant u a better friend utk awk di sana..jauh di sini skrg sy sangat rindukan awk..even kita  jarang jumpa after sy fly ke rusia, tp sy still ros yg awk kenal  9 tahun lepas..=’)
Sy nak minta maaf sbb sy jarang call awk..bukan tanda sy lupa kat awk tau..sampai bila2 insyaAllah, sy xkan lupa nak eja nama awak dan xkan pernah lupa awak..insyaAllah, awak akan terus sy ingat dalam doa2 sy..=)

Thank you for being my companion till now..jazakillahu khair sbb jagakan mak ayah sy time sy xde kat malaysia.. thank you for all the inspired words that u gave to me whenever I need it the most! U ‘re lovely in ur on way.

Sanah helwah to you Athirah Wahidah Yusof..may Allah grant all your duas..semoga awak bahagia sentiasa, sentiasa optimis dalam setiap benda yg awk buat..always be strong in any circumstances..always believe that you have Him by your side..maybe i'm not the first person to wish you, but allow me to be the 1st person to pray for your happiness now and hereafter..be a good servant to Him, a solehah daughter to your parents,a good friend to your friends, future-best teacher- ahead,future-zaujah mithali-to-be, a strong enuff mother-to-be..total up, be a good muslimah in & out..insyaAllah..hidup kita makin singkat, semoga dengan masa yg masih berbaki ini kita mampu melakukan sesuatu utk menentukan yg terbaik in the future..semoga kelahiranmu melahirkan sebuah lagi kelahiran..amin..~~

see you soon dear, insyaAllah..=)








Wednesday, January 18, 2012

Aku ingin menjadi seperti Fatimah..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah..
seorang cantik peribadinya
taat pada agamanya..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah..
yang sentiasa ada untuk orang tuanya..
anak solehah tentunya..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah..
tetap teguh mempertahankan prinsip hidupnya
berani dalam setiap langkahnya..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah
seorang yang pandai menjaga kehormatannya
mencintai Ali dalam diamnya

Aku ingin menjadi seperti Fatimah
dikabulkan doanya untuk bersama cintanya
bahagia dalam kesyukuran pastinya..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah
seorang ibu yang mulia
melahirkan seorang Hassan dan Hussin untuk suaminya..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah,
sentiasa redha akan titah TuhanNya
yang yakin akan ketentuan TuhanNya..

Aku ingin menjadi seperti Fatimah 
yang hidupnya diredhai sampai ke syurga
bertemu semula bersama kesayangannya..


-mungkin sampai ke akhirnya, impian ini tidak akan ku kecapi..tiada siapa yang layak menggantikan tempat Fatimah..apa yang aku inginkan kekuatan drpdnya..aku mahu terus berjuang..namun, hari esok tiada siapa yang tahu..Ya Allah, ujian ini yg Kau berikan, moga dengannya jua Kau berikan ku kekuatan..amin..=)