Monday, November 14, 2011

doa itu indah

salam wrt..

bismillah.

sambil2 membaca nota surgery untuk colloq ( test ) esok..terdetik hati nak berkongsi sesuatu..
berkaitan dengan doa..doa itu senjata kita sebagai seorang muslim..kuatnya ia bergantung pada sejauh mana keikhlasan hati seseorg itu..pernahkah doa kita x dimakbulkan Allah? jangan pernah kita menyalahkan Allah kalau doa kita tidak dimakbulkan..mungkin bukan sekarang masa yg sesuai..Refleks hati and diri kita..mungkin kita sendiri belum bersedia dan mungkin ada salah silap kita di mana2..tidak mungkin doa seorang hambaNya yg beriman , tulus dan ikhlas tidak diterima olehNya..keep on praying..insyaAllah, Allah Maha Penyayang kepada semua hambaNya..

Pernah naqibah sy bercerita tentang doa..lebih kurang cm ni la..doa itu ibarat lagu..bayangkan kalau orang nyanyi x sedap..mesti kita suruh org tu stop nyanyi kan? Tapi bayangkan lagu yg dinyanyikan tu sedap sangat..alahai,,syahdunya nyanyian dia ni..kita keep on nak dengar terus-terusan nyanyian dia tu kan? mcm tu jugakla dalam kita berdoa..kita sebagai penyanyi nya..Allah yg mendengar dan memerhati..sentiasa istiqamah dan iltizam..teruskan berdoa, mungkin doa kita terlalu syahdu dan menyentuh sehingga Dia mahu mendengar lagi dan lagi segala rintihan hati kita tu..dan apabila dimakbulkan nanti akan membuatkan kita tidak henti2 tersenyum..sabar kalau masih belum diperkenankan doanya..mahu juga diingatkan bahawa doa itu bukan cara terakhir yg kita perlu lakukan apabila melakukan sesuatu perkara..tetapi doa merupakan antara perkara terawal sekali yg mesti kita lakukan..sentiasa berdoa ketika susah dan senang..semoga baik2 sahaja semuanya..insyaAllah..wallahualam bissawab..^^


 "Dan hanya kpd Allah lah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang2 yg beriman."-surah al-maidah : 23


tazkirah..=)

p/s : syafakallah/syafakillah buat antum semua yg diuji kesihatannya..bersabarlah,sungguh Allah menyayangimu..=)


No comments:

Post a Comment